Monday, May 23, 2011

Kejayaan anda


Anda ingin berjaya!!!

Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga perkara.

1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)

      Inilah yang dilakukan didalam latihan atau kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangannya atau yang dilakukan sendiri oleh individu yang mahu meningkatkan dirinya.

     Motivasi Potensi Diri ialah modul yang berkaitan dengan perubahan sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan Polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya'.

     Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya. Berdasarkan pembacaan, mengikuti kuliah, pemerhatian, pengalaman dan sedikit kajian saya menemui satu fakta yang menarik tentang perubahan sikap.

     Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk memudahkannya diubati.

Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri. Untuk mengubah sikap kita perlu mengubah perasaan sebelum mengubah perasaan kita perlu mengubah kepercayaan sebelum mengubah kepercayaan kita perlu mengubah pemikiran sebelum mengubah pemikiran kita perlu mengubah imaginasi sebelum mengubah imaginasi kita perlu mengubah janji diri sebelum mengubah janji diri kita perlu mengenali potensi diri.

Insyallah, anda akan mendapat apa yang ingin dicapai....          

No comments:

Post a Comment